♔Tidak Bertegur Lebih Dari 3 Hari :')♔
Wednesday, 17 July 2013 | 17:00 | 0 love drops
Assalamualaikum kepada pembaca blog Eiyda yang muslim lagi disayangi sekalian :-) Pada bulan yang mulia nieh , Eiyda nak kongsikan satu kisah yang pernah terjadi pada diri Eiyda sendiri . Iaitu pada 9 Julai 2013 . Eiyda ada kawan baik , tapi sekarang kami tak berkawan sebab salah faham diantara satu sama lain . Ramai haters dekat sekolah sekarang :'/ Ohh , sukanya :') Tapi Eiyda still kuat menghadapi dugaan yang telah ditentukan olehNya . Bak kata orang "Allah itu selalu bersama kita sama ada kita dalam kesusahan ataupun kita dalam kesenangan" Tapi janganlah sampai kita melupakanNya :') Kita nieh hanya pinjaman dariNya :-) Bersyukurlah kita jika mendapat seorang kawan yang baik dan sanggup mendengar cerita kita dan telah pun melalui kesusahan dan kesenangan bersama :-) Eiyda percaya ramai yang mempunyai kawan baik . Semua ada kawan baik kan kan ? Eiyda still mengharapkan EX kawan baik Eiyda tue still kawan dengan Eiyda macam dulu :') Tapi , itu semua tak mungkin terjadi :/ Bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya" Hmm , macam nie lah yg jadi dekat diri Eiyda . Okay , rasanya dah lebih dari 3 hari kami tak berkawan dan hari ini masuk hari ke 9 . Lamanya tak sembang , gelak ketawa dengan dia , rinduuu :') Even ramai yang cakap "Hampa berdua akan berbaik balik, percayalah" Eiyda tak rasa centu , tapi Eiyda BERHARAP ! Dosa kan tak tegur kawan tue lebih dari 3 hari ? Yaa , Eiyda tau . Tapi Eiyda dah minta maaf dekat dia cuma dia tak maafkan lagi :/ Hadis mengenai sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa umat Islam yang memutuskan hubungan kekeluargaan atau persahabatan tidak akan masuk ke syurga :') Dalam hidup kita nieh banyak masalah kan ? Manusia memang tidak lekang dari membuat kesilapan . Dalam hidup kita sehari-harian kita pasti ada melakukan kesilapan , sama ada sengaja atau tidak disengajakan , sama ada disedari atau tidak disedari :') Alangkan dengan keluarga sendiri pun boleh bergaduh ini kan pulak dengan kawan-kawan ataupun pasangan hidup . Kita manusia TIDAK ADA YANG SEMPURNA ! :') Tidak ada manusia yang tidak pernah membuat dosa dan kesilapan :') Namun kebanyakan masa kita tidak pernah menyedari adakah perlakuan dan percakapan kita mengguris hati seseorang itu , terasa hati atau telah pun membenci kita ? Kita manusia lemah pada dasarnya , terlalu mengikut hasutan syaitan yang ingin melihat anak-anak Adam berpecah belah . Terlalu kita berpegang dan tunduk kepada ego , hinggakan ucapan maaf itu tidak pernah terucap dari bibir . Eiyda pernah terfikir "Kenapa aku yang kena meminta maaf sedangkan dia sendiri yang nak putus persahabatan ?"
Mungkin kawan kita itu ada terguris hati dengan kita ? Mungkin terdapat perlakuan kita atau pertuturan kita yang telah membuat dia terasa hati ? INGATLAH bahawa kita tak boleh expect semua orang untuk get along dengan kita , nak faham kita sedalam-dalamnya dan menurut kemahuan kita setiap masa . Lebih-lebih lagi dengan orang yang baru kita kenal atau kita rapat :') Dalam hal macam nieh kita boleh merasakan yang kita tidak bersalah , sedangkan kita lah punca pergaduhan ini :'/ Apabila perselisihan faham itu berlaku dan kedua-dua belah pihak ego dengan diri masing-masing dan tidak mahu bermuhasabah diri untuk mencari jalan penyelesaiannya , maka terjadilah "Tidak Bertegur Sapa" . Dan apabila sudah lebih daripada 3 hari tidak bertegur sapa , maka ianya jatuh hukum berdosa :')
See ? Allah taknak hambaNya berpecah-belah sebab baru bermasam muka 3 hari dah dapat dosa kan ? Allah sayangkan hamba-hambaNya , maka Islam sering mengajar kita mengenai keamanan, mengukukuhkan silaturrahim dan pelbagai nilai murni yang lain . Tapi kita nak ke pergi meminta maaf, walaupun dalam hati kita nieh kuat mengatakan "AKU TAK SALAH" . Rasulullah SAW bersabda , maksudnya :- "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan persahabatan dan hubungan kekeluargaan" (Hadis Riwayat Muslim) Dalam Islam kita tak boleh kalau tak bertegur dengan orang lebih dari 3 hari . Kita perlu menegur orang itu walaupun hanya untuk mengucapkan salam, walaupun sebenarnya dia yang memutuskan silaturrahim diantara kita . Selepas kita tegur, tapi dia buat tak tahu ja, tue urusan dia dengan Allah, yang penting kita kita dah berusaha :') Takdak ruginya kalau kita yang meminta maaf dan menegur semula rakan yang telah bermasam muka dengan kita . Mungkin benar ada salah kita , atau mungkin ada masalah-masalah yang dijangka timbul . Tidak ada alasan untuk tidak meminta maaf . Marah macam mana sekalipun, meminta maaf akan meningkatkan darjat kita sebagai manusia :') Setakat nieh saja blog yang dapat Eiyda update , maaf kalau ada yang terasa dengan entry Eiyda nieh :') Untuk peringatan kepada diri sendiri agar tidak berlaku lagi , harap tak jadi macam tue dah dengan kawan-kawan lain :')
Hearts, Unknown